Friday 13 July 2012

MUKTAMAR SANAWI KE-3

Assalamualaikum,
    Pada 11 Julai 2012 yang lepas telah diadakan Muktamar Sanawi Kelab Rakan Pusat Islam kali yang ke-3. Bertemakan Halaqah Sentuhan Qalbu, program ini bermula pada jam 7.00 petang sehingga 11.00 malam. Program telah dimulakan denagan pendaftaran ahli-ahli (baru dan lama) dan solat maghrib. Kemudian diteruskan lagi dengan tazkirah dan usrah sementara menantikan solat isyak.






tazkirah...

                                                       







Selesai solat isyak, agenda muktamar sanawi (agm) dimulakan dengan ucapan Presiden KRPI (Abdul Aziz Faisal), dan Penasihat KRPI (Ustaz Abdul Hadi). Kemudian, sesi ceramah selama 40 minit dikendalikan oleh Ustaz Abdul Hadi dengan tajuknya ialah Halaqah Sentuhan Qalbu. Setelah itu, diadakan pula The mysterious hidden fortune.. konsep yang berlainan digunapakai bagi memilih ahli-ahli yang bertuah...





dengar ceramah
 


Selesai ceramah, ahli-ahli menyanyikan lagu kelab (menuju wawasan) seterusnya dijemput menjamu selera (bbq)....






bbq....















Akhir kata, rata-ratanya memberi feedback yang positif...Alhamdulillah, meskipun ada sedikit kesilapan-kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan...Pihak KRPI ingin memohon maaf di atas kesilapan-kesilapan tersebut. Diharapkan ahli-ahli KRPI dapat melibatkan diri lagi dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang.Insya-allah....

Friday 29 June 2012

Booth KRPI...(26 - 27 JUN 2012)

Assalamualaikum,
   Seperti semester sebelumnya, KRPI ada membuka booth untuk pendaftaran ahli baru. Booth yang dibuka bertempat di courtyard bangunan b bermula pada jam 10 a.m sehingga jam 6 p.m. Bagi adik-adik semester satu digalakkan untuk menyertai Kelab Rakan Pusat Islam di mana kelab ini ditubuhkan bagi mengimarahkan Pusat Islam Ashabulkhafi secara khasnya, manakala secara amnya untuk mengeratkan silaturrahim sesama mahasiswa dan mahasiswi UiTM KEDAH  menerusi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti-aktiviti ini semuanya dijalankan berlandaskan syarak. Bagi semester ini, ada pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda......(^^,)


muka 1


muka 2




poster
new nametag 


KEM HALAQAH (14 - 15 JUN 2012)

Assalamaualaikum,
   Aktiviti pertama: Kem Halaqah, anjuran CiTU UiTM KEDAH, di mana fasilitatornya adalah dari KRPI dan IMAN...Program ini disertai oleh pelajar semester satu, di mana sewaktu Minggu Destini Siswa, satu ujian khas dilakukan dan pelajar yang mendapat skor di bawah skor yang ditetapkan, diserap ke kem ini...ia bertujuan untuk mengajak pelajar mendalami ilmu agama dan memperbaiki kelemahan diri...alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan jayanya...terima kasih diucapkan kepada adik2 semester satu di atas kerjasama yang diberikan...pesanan KRPI: jangan malu untuk menuntut ilmu, sebaliknya, tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad....




sesi pendaftaran







kenali rakan anda....


simpulan kasih
berjaya!!!!






Friday 15 June 2012

WELCOME!!!!! Pelajar semester satu UiTM KEDAH

Assalamualaikum ,
  
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM.......

Rasanya belum terlambat lagi untuk pihak KRPI, UiTM Kedah mengucapkan selamat datang buat adik-adik dan tahniah!!! keran berjaya menjejakkan kaiki ke universiti ini...Apa rasa??? masih homesick @ teruja??? rindu mak ayah bila berjauhan??? Ingat, adik2..kita datang sini untuk menuntut ilmu...selitkan rasa rindu dengan semangat untuk belajar yang berkobar-kobar...simpan harapan untuk pulang bersama kejayaan...apa yang penting, jaga perilaku dan diri masing-masing...jangan sampai ibu ayah menitiskan air mata disebabkan onar yang kita buat...tapi biarkan mereka menangis disebabkan kejayaan yang kita genggam...(^^,)

p/s: saya sayang mak abah.....

Maulidur Rasul 2012

  
Assalamualaikum,
   Sempena Maulidur Rasul, UiTM Kedah ada menganjurkan satu pertandingan perarakan yang merangkumi dua kategori iaitu : staff dan pelajar... Kelab Rakan Pusat Islam turut tidak ketinggalan untuk menghantar wakil perarakan...dan alhamdulillah KRPI berjaya memperoleh tempat pertama, diikuti Kesatria dan Kelab IMAN....








peserta perarakan : kategoti staff....





 peserta perarakan : kategori pelajar











wakil KESATRIA

diselitkan juga dengan beberapa persembahan.....



NUREAST


THE END....(^^,)

FIESTA BOWLING

Assalamualaikum...,
    Pada 11 Februari 2012, Kelab Rakan Pusat Islam telah menganjurkan satu lagi aktiviti buat ahli-ahlinya; Fiesta Bowling. Bertempat di Park Avenue dengan bayaran sebanyak RM 10 (makanan dan main). Seramai 18 group (1 group- 4 org) telah mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua yang menyertai fiesta ini. (^^,)








THE END.....Tahniah kepada para pemenang...