Pada 13 & 14 Jan yg lalu,kami telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Falak Syeikh Tahir di Pulau Pinang.Antara ahli rombongan yg turut meramaikan program kali ini adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi,Lajnah dan Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Pusat Islam. (bg yg x t'libat,jgn jealous!!!Insya-Allah,akan ada lg aktiviti spt ini pd masa akan dtg)
Usai solat asar,kami mula meneroka segenap ruang yg ada di pusat falak tersebut.Menurutnya,kami merupakan rombongan pertama yang merasmikan pusat falak ini setelah direnovatekan pd bulan Disember 2011 yang lalu. Pada petang itu, kami turut diberi penerangan tentang penubuhan pusat falak tersebut oleh Ustaz Firdaus, sambil melihat matahari terbenam.
Pada malam itu juga, menurut Ustaz Firdaus, kami semua dapat menyaksikan satu fenomena di mana planet Musytari dapat dilihat dari Bumi. Dengan bantuan teleskop khas, kami semua dapat menyaksikannya. Selain itu, turut kelihatan di dada langit ialah buruj 'orion' @ pemburu...
Pada keesokan hari, usai solat subuh (sekitar 6.45pagi), kami semua bertuah kerana kelihatan planet Marikh seakan-akan berada di sebelah bulan. Oleh sebab jarak Bumi dan Marikh yang terlalu jauh, maka hanya dapat lihat dengan mata kasar sahaja (tak boleh guna teleskop). Ianya kelihatan seperti sebutir bintang yang tidak berkelip... Walaupun begitu, kami still boleh menggunakan teleskop untuk melihat Bulan..
Pada pagi itu, aktiviti yang terakhir diadakan ialah pelancaran roket air yang dikelolakan oleh Ustaz Firdaus. (macam zaman sekolah dulu2..he3..) Sebelum bertolak pulang, kami sempat merakamkan beberapa gambar buat kenagan...
![]() |
| waktu petang... |
Sudut-sudut maklumat yang baru sahaja direnovate...sangat cantik..dan penuh dangan info-info yang menarik...
Insya-Allah, pada semester akan datang akan dianjurkan lagi aktiviti seperti ini. Sebelum pulang, kami sempat singgah sebentar di Pantai Miami. Disebabkan kesuntukan masa, hanya 3 aktiviti bercirikan kepimpinan sahaja sempat dijalankan : Cat and Mouse, Simpulan Kasih, dan lain-lain lagi.
Oklah, sampai di sini dahulu. Yang baik datang dari Allah, yang salah itu dari kami sendiri...






No comments:
Post a Comment