Tuesday, 14 February 2012

Program 'Berbuka Puasa'

Assalamualaikum,
    Pada 9 Januari 2012, Kelab Rakan Pusat Islam (KRPI) ada menganjurkan satu program 'Berbuka Puasa' bagi sesiapa yang ingin berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Bagi sesiapa yang ada kelas pada waktu malam dan ingin join program ini turut dialu-alukan meskipun tidak berpuasa...Objektif program ini diadakan ialah bagi mengimarahkan kembali Pusat Islam UiTM Kedah. Buat permulaan, program ini direalisasikan dahulu oleh Majlis Tertinggi, Lajnah dan Ahli-ahli Jawatankuasa KRPI.
   Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah memberi nama kepada AJK Lajnah Masjid dan Surau iaitu saudara Akram (Siswa) dan saudari Ila (Siswi) di nombor yang tertera di poster....Pada program kali ini, bayaran RM 4 seorang untuk sehari dikenakan untuk membeli juadah berbuka...
    Selain daripada berbuka puasa, digalakkan juga untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Pusat Islam..." Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) "....




No comments:

Post a Comment