Friday, 30 December 2011

Sesi Temuduga Ahli Jawatankuasa - 20 Disember 2011


Assalamualaikum...,
   Pada 20 Disember 2011, pihak KRPI telah menjalankan satu sesi temuduga bagi memilih ahli jawatankuasa yang baru. Seramai 25 orang ahli telah dipilih secara rawak berdasarka senarai nama Leadership Training Centre (LTC) & TGC.Mereka telah dihubungi bagi menghadirkan diri dalam sesi temuduga yang berlangsung di bilik C13 pada hari Rabu jam 9.30 malam. Mereka ini telah ditemuduga oleh barisan Majlis Tertinggi dan beberapa Exco yang terlibat.
   Selesaai sahaja sesi temududuga, beberapa proses pemilihan telah dijalankan bagi memilih ahli jawatankuasa yang telah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Seramai 18 orang te;ah terpilih dalam sesi kali ini. Tahniah!!!



Bagi yang kurang berjaya, diharapkan semua berusaha lagi dan dapat memberikan kerjasama dalam aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Sesungguhnya, yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari pihak kami sendiri.Sekian.

Muktamar Sanawi - 14 Disember 2011


Assalamualaikum...,
   Pada 14 Disember 2011 yang lalu, Kelab Rakan Pusat Islam (KRPI) telah mengadakan ''Annual General Meeting'' atau lebih dikenali sebagai Muktamar Sanawi bertempat di Dewan Mini pada jam 8.30 malam. Tema pada kali ini ialah Expose Mistik. Seorang tetamu undangan khas telah dijemput bagi menyampaikan satu ceramah tentang ''Cara-cara Rawatan Secara Islam''.
   Program dimulakan dengan para pelajar mengambil tempat, seterusnya bacaan doa. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Penasihat KRPI, Ustaz Hadi Bin Abdullah, dan juga Presiden KRPI, saudara Abdul Aziz Faisal. Setelah itu,program diteruskan lagi dengan persembahan dari kumpulan nasyid KRPI, kumpulan NurEast. Akhi sekali, tibalah acara kemuncaknya iaitu slotceramah dari tetamu undangan khas, Ustaz Syakir,dr Pusat Perubatan As-Syakirin


 
Di akhir ceramah beliau, satu sesi soal-jawab telah dibuka. Diharapkan semua hadirin dapat mengambil manfaat dan iktibar dari sesi ceramah berkenaan.Turut diselang-seli dengan acara penyampaian hadiah pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sewaktu di booth serta acara Cabutan Bertuah.


 

Akhir sekali, ribuan terima kasih dari pihak KRPI buat smua hadirin dan semua yang terlibat. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang kurang baik itu dai pihak kami sendiri.

Hari Bersama Persatuan - 12 Disember 2011


Assalamualaikum.....,
     Pada hari ini, satu program dikenali sebagai " Hari Bersama Persatuan " telah berlangsung di Dewan Perdana.Objektif program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini ialah ingin mempromosikan kelab dan persatuan yang ada di UiTM Kedah, di samping ingin menambah keahlian kelab dan persatuan masing-masing.Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 a.m hingga 11.00 p.m., di mana acara kemuncaknya bermula dari jam 8.00 p.m.
     Terdapat pelbagai kelab dan persatuan yang telibat. Antaranya ialah IMAN, PEERS, English Language Club (ELC), MediCrew Club dan lain-lain lagi.Turut diserikan dengan pertunjukan montaj kelab dan persatuan masing-masing, pertujukan demo dari Taekwando dan Combat Team, pertujukan seni tarian dari Persatuan Kesenian dan Kebudayaan (KESEDA) sebagai salah satu usaha untuk menarik lebih ramai ahli.


 

JOM HEBOH!! DI BOOTH KELAB RAKAN PUSAT ISLAM (KRPI) - 6&7 DIS 2011



Assalamualaikum,
Pada hari tersebut,kami telah membuka satu booth KRPI di depan dewan sarjana.Tujuannya hanyalah untuk memperkenalkan Kelab Rakan Pusat Islam memandangkan kelab ini baru ditubuhkan pada semester lepas (mac-nov).

Ketika di booth,kami turut menjalankan beberapa aktiviti; iaitu Pertandingan Teka Berat Buah,Pertandingan Teka Panjang Kayu dan Pertandingan Teka Bilangan Coklat Dalam Balang.Kami turut mengadakan jualan seperti penanda buku dan button badge.Kedua-dua barang tersebut merupakan hasil karya ahli Kelab Rakan Pusat Islam sendiri. Pendaftaran untuk ahli baru turut dijalankan pada hari tersebut.












OBJEKTIF

Objektif kelab ini adalah untuk merapatkan ukhuwah dan mengeratkan silaturahim diantara pelajar UiTM Kedah. Disamping itu, kelab ini juga ditubuhkan bagi membantu Pusat Islam Ashabul Khafi dalam menjalankan program-program yang dirancang serta mengimarahkan lagi Pusat Islam UiTM Kedah.