ADAB-ADAB MEMBERI SALAM
(dipetik daripada majalah al-islam ms 40)
- Ucapkanlah salam sebanyak 3 kali jika berada di khalayak supaya semua dapat mendengarnya.
- Sunah bagi orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. Manakala, orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk. Sementara orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
- Disunatkan memberi salam dalam nada yang tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah "menjawab salam di dalam hati" kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
- Disunatkan memberi salam ketika masuk dan meninggalkan majlis.
- Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah sekalipun rumah tersebut kosong. Ibnu Umar r.a. menjelaskan, "Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah dia mengucapkan, Assalamu a'laina wa a'la i'badillahis solihin" (HR. Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan disahihkan Al-Albani)
- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang membuang hajat.
- Disunatkan memberi salam kepada kanak-kanak.
- Tidak memulakan atau memberi salam kepada ahli Kitab. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani." (HR. Muslim). Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita menjawab dengan mengucapkan, "Wa a'laikum" sahaja. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah wa a'laikum."
- Disunatkan memberi salam kepada orang yang dikenali ataupun yang tidak dikenali.
- Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain. Dalam sebuah hadis, Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata, "Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab, "alaika wa a'la abikas salam." (HR. Abu Dawud dan dihasankan Al-Albani)
- Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali wujud keuzuran atau keadaan yang tidak mengizinkan. Antaranya sedang solat, bisu atau orang yang diberi salam jauh jaraknya. Di dalam hadis Jabir bin Abdillah r.a diriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan." (HR. Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani)
DOA DAN TATATERTIBNYA
(dipetik daripada Majalah i ms 16-18)
Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Mu'minayat, dengan tafsirannya:
" Dan Tuhanmu berfirman: berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
Doa merupakan salah satu ibadah yang membawa seseorang itu dekat kepada Allah s.w.t dalam waktu senang mahupun susah. Dengan berdoa seseorang itu akan mengakui kelemahan diri dan mengakui kekuasaan Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa; dan hanya dengan keizinan-Nya, sesuatu perkara berlaku.
Walaupun begitu, doa haruslah disertakan dengan usaha bagi mencapai sesuatu keinginan. Sebagai contoh, Wardah ingin memperoleh keputusan cemerlang dalam semester
pertamanya di universiti berprestij tinggi. Dia berterusan berdoa meminta agar Allah s.w.t memudahkannya ketika menjawab soalan. Namun, jika tidak disematkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, ianya mustahil. Tetapi jika dia berusaha sehabis baik, insya-Allah, Allah s.w.t Maha Mengetauhi urusan-Nya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya." (Riwayat Al-Imam At-Tirmizi)
Adab-adab berdoa...
- ikhlas dan dalam keadaan berwuduk, melutut, dan bertaubat kepada Allah s.w.t serta beristigfar.
- mulakan dengan memuji Allah s.w.t.
- mengucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.
- mengangkat kedua-dua belah tangan hingga ke paras bahu, sambil menadah ke langit (menunjukkan kelemahan, kehinaan dan kemiskinan diri di hadapan kekayaan Allah s.w.t), apabila selesai berdoa, sapukanlah kedua-dua tapak tangan ke muka.
- jangan lupa untuk memohon keampunan untuk ibu bapa setiap kali berdoa (salah satu pendorong termakbulnya doa).
- berdoa dengan penuh yakin bahawa Allah s.w.t. akan memperkenankan doa tersebut.
- hadir hati mengingati Allah s.w.t, berbaik sangka kepada-Nya, merendah suara, disertai dengan harapan yang tinggi dengan sifat pemurah-Nya.
- tidak merasa bosan berdoa kepada-Nya.
- berdoa dengan mengakui kesalahan diri dan dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak.
- ulang doa sebanyak tiga kali...sebagaimana diriwayatkan Ibnu Ma'ud r.a katanya "Adalah Rasulullah s.a.w apabila baginda berdoa, baginda akan berdoa tiga kali, dan apabila baginda meminta, baginda akan meminta sebanyak tiga kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)
- gunakan bahasa yang mudah dan jelas, gunakanlah doa yang ma'tsur dari al-Quran atau as-Sunnah, bacaan pendek tetapi pengertiannya luas.
- jangan berdoa untuk meminta keburukan, kejahatan, atau perpecahan dalam masyarakat serta jangan meminta perkara yang mustahil.
- jangan sesekali merajuk apabila doa belum dimakbulkan oleh-Nya sebaliknya hendaklah bersabar.
- mengaminkan doa sendiri atau apa yang diucapkan orang lain.
- menutup dan mengakhiri doa dengan selawat kepada Rasulullah s.a.w dan puji-pujian kepada Allah s.w.t.
ORANG-ORANG YANG DIMAKBULKAN DOANYA
- doa seorang muslim terhadap saudaranya dari tempat yang jauh.
- orang yang sentiasa berdoa di waktu lapang dan waktu bahagia,
- orang yang teraniaya.
- doa ibu bapa terhadap anaknya.
- doa orang musafir.
- doa orang yang sedang berpuasa.
WAKTU-WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA
- sepertiga malam akhir
- ketika berbuka puasa bagi yang berpuasa
- selepas solat fardu
- doa antara azan dan iqamat
- bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah s.w.t.
- perbuatan mengangkat tanagn ketika berdoa menunjukkan betapa besarnya harapan kita agar doa kita diperkenankan oleh Allah s.w.t.
- jangan meletakkan tangan di atas paha, sambil pandangan melihat kiri dan kanan atau menindihkan tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri kerana ia dianggap kurang sopan.
Hadis - hadis pilihan : Keutamaan Kasih Sayang
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.”Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.”Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”
p/s: http://www.islam2u.net
KOLEKSI DOA - Doa Pendinding diri (Ruqyah Jibril)
Maksud : Aku berlindung
dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah
yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun
keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan
apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit
dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan
siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
Ta’awudz
(doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW
dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk
membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan
tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)
selawat sifa'
ayat jabalin
No comments:
Post a Comment