TO - DO - LIST kenapa perlu ada?
"Banyaknyaaaa kerja!!!!!Bila nak siap nih???"rungut Dahlia.
"Bukan kau ber'facebook' ker tadi?" ujar Laili.
Ish..ish..ish..Macam mana kerja nak siap, kalau asyik leka dengan tugasan yang tidak sepatutnya dilakukan. Oleh sebab itu, untuk mendapatkan kerja yang lebih sistematik, kamu memerlukan senarai lengkap atau to-do-list.Apakah kepentingannya???Jom!Kita semak....
Elak otak penat - sebagai seorang manusia, kita mempnyai limit, kita bukannya komputer yang boleh menyimpan segala maklumat di dalam otak. Memikirkan dua @ lebih perkara dalam satu masa yang sama pasti memenatkan otak kamu. Malah, kadang kala kamu akan melupakan kerja yang lebih penting berbanding perkara yang penting. Dengan membuat to-do-list, cara kamu bekerja akan lebih tersusun...(^^)
Mudah ingat dengan melihat - dengan menyenaraikan apa yang perlu, kamu akan lebih mudah mengingatinya. Ini disebabkan oleh, kita dapat melihat apa yang ditulis berbanding mengingatinya dalam otak tanpa berbuat apa-apa....(^^)
Memaksimumkan masa dengan bijak - pentingnya to-do-list adalah untuk memaksimumkan masa yang ada. Sebagai contoh, mesyuarat yang bakal anda hadiri direncanakan akan lewat 10 minit. Jadi, kamu masih boleh menyiapkan sedikit tugasan lagi walaupun dalam masa yang singkat...(^^)
Desak ambil tindakan - manusia sering kali mengabaikan sesuatu perkara yang dianggap tidak penting, walhal sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar. Oleh itu, dengan adanya to-do-list, ia sedikit sebanyak akan mendesak kamu mengambil tindakan seterusnya...(^^)
Penilaian menjadi mudah - dengan adanya to-do-list, senang bagi kita memastikan kerja siap mengikut susunan. Ini mengelakkan daripada kita terlepas pandang ataupun melangkau tugasan...(^^)
Sikap profesional - membuat prsiapan yang sempurna juga mampu mencerminkan diri kamu sama ada profesional atau tidak. Aturan kerja yang baik memudahkan kerjasama anda dengan sesama rakan mahupun pihak lain...(^^)
Kurangkan stress - kerja sememangnya tidak akan pernah habis! Setiap hari pasti ada sahaja tugasan baru yang perlu dilaksanakan. Ini akan membuatkan kamu stress dan akan lebih teruk jika kamu tidak mampu menangani stress sehingga merasakan untuk berhenti kerja. Untuk mengurangkan stress, itulah gunanya to-do-list. Kamu tidak perlu menyesakkan otak kamu, sebaik-baiknya atur jadual ikut kepentingan, pasti kerja dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Menghasilkan momentum - seronoknya rasa apabila perkara dalam senarai dapat dipangkah dan dikeluarkan. Ini menunjukkan "Ya,aku sudah melakukannya!" Ketika ini,sudah tentulah ia dapat merangsang tenaga dan menghasilkan momentum untuk terus mara serta kekal produktif dalam kerja...(^^)
* Majalah REMAJA edisi 1 Jun 2012 muka surat 156ADAKAH KAMU KETUA YANG ADIL??? panduan kepada para pelajar
Sebagai pelajar , kamu mestilah aktif berpersatuan. Tidak kiralah ketika di bangku sekolah mahupun di menara gading. Masa inilah kamu mencungkil bakat yang kamu ada. Jangan takut buat kesilapan kerana kita "pelajar" , namun kita mesti belajar dari kesilapan. Didik diri agar lebih berdisiplin.
Bukan mudah untuk seseorang memegang jawatan besar, bukan? Oleh itu, jom ketahui tips menjadi seorang ketua yang adil, bijak dan disegani...
- senaraikan setiap tugasan - setiap badan persatuan pasti mempunyai ramai ahli jawatankuasa yang dilantik dan ahli terdiri daripada lelaki dan perempuan. sebagai ketua, kamu perlu agih-agihkan tugasan kepada ahli di bawah kamu bersesuaian dengan kehendak tugasan. Jangan seskali berat sebelah dan pupuklah semangat bekerjasama dalam kumpulan..(**)
- jangan buat semua kerja - setiap dari kamu mempunyai bidang kuasa yang tersendiri. Sebagai ketua, nasihat dan tunjuk ajar kepada ahli kumpula supaya bertanggungjawab ke atas tugasan masing-masing. Kamu boleh minta pertolongan dari rakan jika tidak mampu menyelesaikannya...(**)
-
sentiasa meminta dan mendengar pendapat orang lain - jangan jadikan diri seorang ketua yang sombong dan tidak mendengar keluhan ahli yang lain. Kadang kala mereka tidak mengatakan hal sebenar kerana menghormati kamu sebagai ketua. Jadi, sentiasalah menjadi pendengar yang terbaik bagi masalah ahli kumpulan supaya kelab/persatuan kamu menjadi antara yang terbaik...(**)
- pastikan semua bersetuju - setiap ahli perlu rela dan sanggup untuk melakukan sesuatu tugasan. Jika tidak, ia akan menjejaskan hasilnya kerana timbul ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli kumpulan. Tanya persetujuan ahli kumpulan danterangkan kenapa mereka diberikan tugasan tersebut...untuk memetik komitmen dalam kalangan ahli, cara pujian boleh digunakan, elakkan sindiran sebaliknya berterus terang...(**)
motivasi - sentiasa mempraktikkan 'motivation' dalam melakukan sebarang tugasan. Latih ahli agar bersikap motivasi dalam menaikkan nama kelab/persatuan. Tanamkan dalam diri sikap sentiasa berfikiran positif agar apa sahaja program yang kamu jalankan agar berjaya...(**)
No comments:
Post a Comment