Wednesday, 29 February 2012

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

Assalamualaikum,
    Pada kali ini, pihak Kelab Rakan Pusat Islam (KRPI) telah diundang bagi menghadirkan diri dalan Kursus Pemantapan Organisasi yang telah dianjurkan oleh Kelan PEERS. Bersama-sama kami ialah GPMS. Kursus diadakan selama 2 hari, di mana pada hari pertama kursus dibuat di UiTM Kedah manakala hari kedua di Titi Hayun, Kedah. Pelbagai program dan slot disediakan bagi memantapkan skills masing-masing yang dapat memberi pulangan yang baik kepada kelab/persatuan.
    Pada hari pertama, bertempat di Bilik Seminar Kaunseling, Blok Malinja, bermula dari 8.00 a.m. sehingga 12.00 p.m. Banyak yang dapat dipelajari. Antaranya ialah personaliti kita melambang keyakinan diri kita, cara kita berkomunikasi dengan orang ramai, warna pakaian dan cara kita duduk serta makan, dan yang penting sekali ialah cara membuat kertas kerja.
   Kebanyakkan slot di siang hari berteraskan teori manakala di sebelah malam berteraskan praktikal di mana kami akan menganjurkan satu program di mana program tersebut akan dihadiri oleh Rektor UiTM Kedah. Pentingnya pembahagian kerja dan komitmen semua ahli jawatankuasa dalam pelancaran sesuatu program diperlihatkan menerusi slot2 dan ceramah yang disedaikan. Apa-apapun, program ini memang memberi pulangan yang lumayan kepada semua peserta.
   Pada keesokan hari pula, kami dikehendaki berkumpul di depan pejabat kolej masing-masing pada jam 6.45 pagi, tepat!!! Namun, masih ada segelintir yang lambat meskipun diberikan peringatan pada malam sebelumnya. Oleh disebabkan program kali ini mementingkan disiplin diri, maka mereka-mereka ini telah didenda...ha3...apa dendanya????Rahsiaaaaaa....Meskipun ada yang kena denda, kelancaran program tersebut tidak terjejas 100%. Yang penting BESTTT!!!....



sesi taklimat
 Pelbagai aktiviti diadakan di Titi Hayun, antaranya ialah Cara Mengawal Stress , Komunikasi , Ikhtiar Hidup dan lain-lain lagi... Di sini, para peserta akan diberikan sebiji belon, ditiup, dan pecahkan... Tetapi bukan menggunakan tangan...Macam mana ehh??? He3....ada yang menggunakan kaki, secara duduk dan lain-lain lagi...Kemudian, secara berpasangan, tulis di atas kertas perkara baik dan perkara buruk kawan kita tu...Ini salah satu program motivasi buat diri kita, bahawa bukan semua sikap kita disukai dan tidak disukai oleh rakan kita.
menariiii....
 Kemudian, dalam kumpulan, kami dikehendaki mencipta satu 'maskot', mewakili kumpulan masing-masing....Mesti nyatakan sebab-sebab kita cipta 'maskot' tersebut....

perbincangan - 'maskot' kumpulan


di 'check point'
    Acara kemuncak ialah Ikhtiar Hidup....Aktiviti ini ala-ala explorace, amat memenatkan tapi in the end kenyangggg!!! ha..ha..ha..setiap check point yang berjaya diselesaikan, kami akan diberiklan peralatan dan makanan yang perlu dimasak...Antaranya periuk belanga, sosej, sardin dalan tin, telur, dan lain-lain. Bagi para peserta, ini merupakan pengalaman yang amat menarik..

ikhtiar hidup - masak time -
   Snap-snap.....






kasi pecahhh!!!!


labah2 @ semut merah??? anai2??


apa nie???


Akhir kata, progaram ini telah berjalan dengan jayanya...mesipun penat, namun input yang dapat amat berguna...Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang salah itu dari kami sendiri.....Sekian, Wassalam....

Monday, 27 February 2012

SUKANEKA RAKYAT 2012

Assalamualaikum,
    pada kali ini, Kelab Rakan Pusat Islam(KRPI) sekali lagi menganjurkan aktiviti yang berunsurkan semangat kesukanan. Program yang diberi nama ; SUKANEKA RAKYAT 2012 ini, telah diadakan di stadium mini, bermula jam 08.00 pagi dan berakhir di Pusat Islam pada jam 05.00 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan buat semua peserta.  Terdapat juga beberapa aktiviti berunsurkan kepimpinan, juga diadakan, seperti Cat n Mouse.
   SR 2012 dimulakan dengan sesi pendaftaran bermula jam 8.00 a.m - 8.30 a.m. Peserta disediakan dengan nombor kumpulan masing-masing serta makanan dan minuman.





 Setelah itu, sebelum memulakan acara sukaneka, sesi senaman pagi diadakan.Kemudian, acara pun dimulakan. Beberapa 'aksi' sempat dirakam oleh lensa kami. he..he..he..





Antaranya permainan yang menjadi pilihan ialah.....Makin jauh Makin sayang, boling padang, Gorilla Run, Talam 3 Muka, dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat aktiviti yang memerlukan ketajaman minda dan kecerdasan otak...pikir-pikir...










tumbangan maut

makan2....


ala ala tomei!!!!

He3...sampai di sini dahulu coretan ini. Diharapkan sume enjoyyy!!!!Ssungguhnya yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang kurang itu dari kami sendiri....Assalamualaikum...... 


Thursday, 16 February 2012

BERTEMU MUSYTARI..TERJUMPA MARIKH - 13 & 14 JAN 2012

Assalammualaikum,
    Pada 13 & 14 Jan yg lalu,kami telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Falak Syeikh Tahir di Pulau Pinang.Antara ahli rombongan yg turut meramaikan program kali ini adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi,Lajnah dan Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Pusat Islam. (bg yg x t'libat,jgn jealous!!!Insya-Allah,akan ada lg aktiviti spt ini pd masa akan dtg)




    Usai solat asar,kami mula meneroka segenap ruang yg ada di pusat falak tersebut.Menurutnya,kami merupakan rombongan pertama yang merasmikan pusat falak ini setelah direnovatekan pd bulan Disember  2011 yang lalu. Pada petang itu, kami turut diberi penerangan tentang penubuhan pusat falak tersebut oleh Ustaz Firdaus, sambil melihat matahari terbenam.


    Pada sebelah malam pula, beberapa slot taklimat telah disediakan buat kami bagi menerangkan secara detail tentang : Ilmu Astronomi, Ilmu Falak, Cara Mengenal Buruj dan lain-lain lagi. Sekitar 10.30 malam, kami menikmati jamuan 'BBQ' yang telah disediakan...Nyumm,,...Nyumm...Nyumm...

    Pada malam itu juga, menurut Ustaz Firdaus, kami semua dapat menyaksikan satu fenomena di mana planet Musytari dapat dilihat dari Bumi. Dengan bantuan teleskop khas, kami semua dapat menyaksikannya. Selain itu, turut kelihatan di dada langit ialah buruj 'orion' @ pemburu...

    Pada keesokan hari, usai solat subuh (sekitar 6.45pagi), kami semua bertuah kerana kelihatan planet Marikh seakan-akan berada di sebelah bulan. Oleh sebab jarak Bumi dan Marikh yang terlalu jauh, maka hanya dapat lihat dengan mata kasar sahaja (tak boleh guna teleskop). Ianya kelihatan seperti sebutir bintang yang tidak berkelip... Walaupun begitu, kami still boleh menggunakan teleskop untuk melihat Bulan..

    Pada pagi itu, aktiviti yang terakhir diadakan ialah pelancaran roket air yang dikelolakan oleh Ustaz Firdaus. (macam zaman sekolah dulu2..he3..) Sebelum bertolak pulang, kami sempat merakamkan beberapa gambar buat kenagan...


waktu petang...










Sudut-sudut maklumat yang baru sahaja direnovate...sangat cantik..dan penuh dangan info-info yang menarik...








    Insya-Allah, pada semester akan datang akan dianjurkan lagi aktiviti seperti ini. Sebelum pulang, kami sempat singgah sebentar di Pantai Miami. Disebabkan kesuntukan masa, hanya 3 aktiviti bercirikan kepimpinan sahaja sempat dijalankan : Cat and Mouse, Simpulan Kasih, dan lain-lain lagi.

Oklah, sampai di sini dahulu. Yang baik datang dari Allah, yang salah itu dari kami sendiri...


Tuesday, 14 February 2012

SUDUT ILMU- duduk tasyahud

MENGANGKAT JARI KETIKA DUDUK TASYAHUD
Isyarat  Jari Ketika Tasyahud
            Hadis yang terdapat dalam bab isyarat ‘musabbihah’.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nabi s.a.w. apabila duduk semasa solat, Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan menaikkan jarinya yang selepas ibu jari (jari telunjuk) dan kemudian berdoa ketika itu.” (Riwayat Muslim no. 113)
Daripada Ali bin al-Ma’awi bahawa beliau bersolat di sebelah Ibn Umar r.a. dan padanya Abu Bakar, berkata: “Aku nampak Abu Bakar al-Siddiq menggenggam tiga jarinya dan menegakkkan jari telunjuk,” (Riwayat Humaidi)
Kefahaman dari dua hadis di atas ialah, riwayat pertama dan kedua daripada hadis sahih di atas menjelaskan dengan terang, sunnah Nabi s.a.w. untuk menaikkan jari telunjuk. Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua hadis di atas, tiada yang menyebut tentang Nabi s.a.w. menggerakkan atau menggoyangkannya. (Kajian pentahqiq dalam Nuzhah al-Nazr Tawdih Nukhbat al-Fikr, Dr. Abd Sami’ al-Anis, halaman 146)
            Berkata para ulama’, dikhaskan jari telunjuk ketika tasyahud kerana kaitannya, ia bersambung terus ke hati, maka dengan menggerakkannya dapat mendatangkan kekhusyukkan. (Subul al-Salam, jil.1, halaman 363)

Hikmah Menaikkan Jari Ketika Duduk Tasyahud
            Jawapannya diperoleh daripada Ibn ‘Abbas r.a. ketika beliau ditanya soalan yang sama, beliau menjawab: “Ia adalah tanda ikhlas.” (Riwayat al-Baihaqi)
            Imam al-Nawawi pula berkata selepas itu: “Memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan ke arah kiblat dan berniat ketika itu ‘tauhid’ dan ‘ikhlas’.” (Sharh Sahih Muslim)

duduk tasyahud

......Majalah SOLUSI, Info Solat-halaman 11-.......

Program 'Berbuka Puasa'

Assalamualaikum,
    Pada 9 Januari 2012, Kelab Rakan Pusat Islam (KRPI) ada menganjurkan satu program 'Berbuka Puasa' bagi sesiapa yang ingin berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Bagi sesiapa yang ada kelas pada waktu malam dan ingin join program ini turut dialu-alukan meskipun tidak berpuasa...Objektif program ini diadakan ialah bagi mengimarahkan kembali Pusat Islam UiTM Kedah. Buat permulaan, program ini direalisasikan dahulu oleh Majlis Tertinggi, Lajnah dan Ahli-ahli Jawatankuasa KRPI.
   Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah memberi nama kepada AJK Lajnah Masjid dan Surau iaitu saudara Akram (Siswa) dan saudari Ila (Siswi) di nombor yang tertera di poster....Pada program kali ini, bayaran RM 4 seorang untuk sehari dikenakan untuk membeli juadah berbuka...
    Selain daripada berbuka puasa, digalakkan juga untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Pusat Islam..." Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) "....