Wednesday, 29 February 2012

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

Assalamualaikum,
    Pada kali ini, pihak Kelab Rakan Pusat Islam (KRPI) telah diundang bagi menghadirkan diri dalan Kursus Pemantapan Organisasi yang telah dianjurkan oleh Kelan PEERS. Bersama-sama kami ialah GPMS. Kursus diadakan selama 2 hari, di mana pada hari pertama kursus dibuat di UiTM Kedah manakala hari kedua di Titi Hayun, Kedah. Pelbagai program dan slot disediakan bagi memantapkan skills masing-masing yang dapat memberi pulangan yang baik kepada kelab/persatuan.
    Pada hari pertama, bertempat di Bilik Seminar Kaunseling, Blok Malinja, bermula dari 8.00 a.m. sehingga 12.00 p.m. Banyak yang dapat dipelajari. Antaranya ialah personaliti kita melambang keyakinan diri kita, cara kita berkomunikasi dengan orang ramai, warna pakaian dan cara kita duduk serta makan, dan yang penting sekali ialah cara membuat kertas kerja.
   Kebanyakkan slot di siang hari berteraskan teori manakala di sebelah malam berteraskan praktikal di mana kami akan menganjurkan satu program di mana program tersebut akan dihadiri oleh Rektor UiTM Kedah. Pentingnya pembahagian kerja dan komitmen semua ahli jawatankuasa dalam pelancaran sesuatu program diperlihatkan menerusi slot2 dan ceramah yang disedaikan. Apa-apapun, program ini memang memberi pulangan yang lumayan kepada semua peserta.
   Pada keesokan hari pula, kami dikehendaki berkumpul di depan pejabat kolej masing-masing pada jam 6.45 pagi, tepat!!! Namun, masih ada segelintir yang lambat meskipun diberikan peringatan pada malam sebelumnya. Oleh disebabkan program kali ini mementingkan disiplin diri, maka mereka-mereka ini telah didenda...ha3...apa dendanya????Rahsiaaaaaa....Meskipun ada yang kena denda, kelancaran program tersebut tidak terjejas 100%. Yang penting BESTTT!!!....



sesi taklimat
 Pelbagai aktiviti diadakan di Titi Hayun, antaranya ialah Cara Mengawal Stress , Komunikasi , Ikhtiar Hidup dan lain-lain lagi... Di sini, para peserta akan diberikan sebiji belon, ditiup, dan pecahkan... Tetapi bukan menggunakan tangan...Macam mana ehh??? He3....ada yang menggunakan kaki, secara duduk dan lain-lain lagi...Kemudian, secara berpasangan, tulis di atas kertas perkara baik dan perkara buruk kawan kita tu...Ini salah satu program motivasi buat diri kita, bahawa bukan semua sikap kita disukai dan tidak disukai oleh rakan kita.
menariiii....
 Kemudian, dalam kumpulan, kami dikehendaki mencipta satu 'maskot', mewakili kumpulan masing-masing....Mesti nyatakan sebab-sebab kita cipta 'maskot' tersebut....

perbincangan - 'maskot' kumpulan


di 'check point'
    Acara kemuncak ialah Ikhtiar Hidup....Aktiviti ini ala-ala explorace, amat memenatkan tapi in the end kenyangggg!!! ha..ha..ha..setiap check point yang berjaya diselesaikan, kami akan diberiklan peralatan dan makanan yang perlu dimasak...Antaranya periuk belanga, sosej, sardin dalan tin, telur, dan lain-lain. Bagi para peserta, ini merupakan pengalaman yang amat menarik..

ikhtiar hidup - masak time -
   Snap-snap.....






kasi pecahhh!!!!


labah2 @ semut merah??? anai2??


apa nie???


Akhir kata, progaram ini telah berjalan dengan jayanya...mesipun penat, namun input yang dapat amat berguna...Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang salah itu dari kami sendiri.....Sekian, Wassalam....

1 comment: